Search This Blog

Monday, December 26, 2016

TEH DAUN TIIN

TEH DAUN TIIN 

Homemade Teh Daun Tiin. Jom minum teh daun tiin yang sangat banyak khasiatnya.  Bukan setakatnya buahnya sahaja yang penuh barokah, malah daunnya juga dipercayai mempunyai seribu satu rahsia malah ada otai-otai pokok tiin yang menyatakan bahawa daun tiin mempunyai lebih banyak khasiat berbanding dengan buahnya!  Bagaimana cara membuatnya? kepada anda yang menanam pokok keliling rumah, jom kita cuba cara simple ini untuk menyediakan teh tersebut.  

Kaedah ini dibuat bukan untuk produksi besar-besaran atau untuk tujuan komersil: 
  1. Jangan terlalu rigid dalam menentukan verieti apa yang mempunyai daun sesuai untuk dijadikan teh.  Asalkan ianya pokok tiin, tanpa mengira verieti apa, maka ianya tetap teh daun tiin yang boleh diminum dan dihidangkan kepada tetamu yang datang kerumah.
  2. Ada sifu pokok tiin menyatakan verieti Red Libya dan Beat Ramon menghasilkan daun yang mempunyai aroma yang 'wangi' dan boleh dijadikan daun teh untuk tujuan komersil.  
  3. Kaedah memilih daun terpulang pada anda.  Ada yang prefer daun no 5 dari pucuk.  Ada yang memilih daun yang tidak berkarat.  Saya sendiri prefer memetik pucuk daun baru yang sedang mekar.
  4. Terpulang kepada anda samada untuk membuang tangkai daun atau tidak (untuk kaedah mengeringkan daun tiin).  Jika anda memilih untuk membuat teh daun tiin yang dipetik fresh dari pokok, anda dinasihatkan supaya membuang tangkai dan urat daun kerana dikhuatiri getah daun tiin boleh memberi kesan atau mendatangkan bahaya kepada anda.
Verieti BlackJack.  Saya prefer daun muda yang baru tumbuh dan sedang mekar.

Setelah pemilihan daun dibuat, proses seterusnya ialah:
  • Daun mestilah dibasuh dan direndam seketika dalam air biasa untuk membuang kotoran atau bahan kimia yang ada.  [Psssst : Jika anda membeli teh daun tiin di pasaran, jangan segan untuk bertanya jenis racun serangga yang digunakan untuk semburan ke daun samada racun organik (yang lebih selamat digunakan) berbanding dengan racun kimia (yang mempunyai kesan jangka panjang kepada diri)].
  • Dikeringkan dibawah terik sinar matahari.  Terpulang pada anda untuk membiarkannya daun tiin anda kering sehingga 60%-90%. 
  • Boleh juga daun tiin ini dikeringkan di dalam oven supaya mendapat result yang cepat.
Dikeringkan dibawah sinar matahari sehingga 60%
  • Setelah anda berpuas hati bahawa daun tiin anda telah kering, anda bolehlah membuat keputusan samada untuk terus menikmati teh daun tiin tersebut dengan mengambil sehelai daun tiin dan direndam di dalam air panas selama 10-15 minit.
Sehelai daun tiin yang dikeringkan dibawah sinar terik matahari dijadikan teh.  Rasanya tidaklah pahit sangat.
  • Anda juga boleh menghiris atau menghancurkan menggunakan tangan daun tiin yang telah kering tadi untuk mendapatkan khasiat yang lebih banyak lagi.  
Teh daun tiin yang dihancurkan untuk mendapatkan khasiat yang lebih banyak.
  • Simpan daun tiin yang telah dikeringkan itu kedalam bekas kedap udara.
  • Cara penyediaan teh adalah ringkas dan mudah.  Ambil daun tiin yang telah dikeringkan tersebut dan rendam dalam air panas selama 10-15 minit dan selamat menikmati teh dari daun yang disebutkan namanya di dalam al Quran ini.
Saya sendiri telah meminum teh daun tiin ini secara konsisten selama hampir empat bulan.  Saya minum teh daun tiin sebelum tidur dan insyaAllah dengan izin dari yang maha Pencipta, penyakit darah rendah saya telah pulih.  Diabetis saya telah kembali stabil.  Berat badan saya terkawal.  Ketahanan ketika melakukan hubungan itu anda kena cuba sendiri hehehe..  Sememangnya pokok tiin ini adalah salah satu nikmat yang tidak terhingga yang Allah SWT kurniakan kepada kita.

No comments:

Post a Comment