Search This Blog

Saturday, December 24, 2016

Pokok Tiin Tidur

Pokok Tiin Tidur 

Tak sangka pula pokok tiin pun ada yang tidur. Dia hibernate dalam satu tempoh waktu yang tak tentu. Ingatkan beruang je yang hibernate.  Kenapa pokok tiin tidur dalam satu jangka tertentu? Sesetengah sifu-sifu berpendapat bahawa pokok tiin tidur disebabkan oleh tempat asal (native) mereka sekarang sedang mengalami musim sejuk (winter).  

Oleh itu dalam proses menyesuaikan diri dengan iklim di negara kita, kadang kala mereka 'terlupa' yang mereka sekarang berada di kawasan tropika dan bukannya kawasan yang mengalami empat musim.   

Mula tanam dari keratan pada bulan 8. dipindah ke pasu pada bulan 9. dan ianya kekal sebegini selama 3 bulan!
Dari pengalaman saya, hanya dua anak pokok tiin saya yang mengalami fenomena tidur ini.  Ada yang tidur 4 bulan dan baru jaga.  Bila terjaga aje terus membesar dengan ganasnya hehe..
Verieti Jumbo yang tidur selama 3 bulan akhirnya bangun pada awal Disember dan naaaah terus membesar ke tahap boleh pindah pasu.
Satu lagi pokok tiin masih tidur dengan lenanya dah hampir dua bulan.  Ini verieti IBG.  Saya tanam terus ke tanah.  Macam ini lah pokok tiin saya ini pada dua bulan lepas sehingga sekarang.  Tiada tunas baru dan tiada pucuk baru.
Berhujan berpanas daun pun dah naik karat dah kat 2 bulan..
Nasihat saya kepada pendatang baru dalam penanaman pokok tiin di halaman rumah, jangan lah panik dan jangan risau dengan situasi ini.  Ianya adalah satu fenomena biasa dan sering terjadi.  Tidak semua pokok tiin saya tidur bila datang bulan September hingga penghujung Februari.  Setakat ni hanya dua pokok sahaja.

Disamping itu anda juga boleh mengambil langkah-langkah berikut untuk memastikan bahawa pokok tiin anda benar-benar tidur dan bukan disebabkan oleh serangan penyakit.
  1. Check PH media.  PH tanah yang sesuai untuk pokok tiin bacaannya ialah diantara 5.5-7.  Jika PH tanah anda terlalu berasid atau terlalu beralkali, sila dapatkan pelbagai produk pertanian untuk menstabilkan semula PH tanah.  Saya secara peribadi menggunakan 'zeolite'.
  2. Tengok akar.  kesihatan akar pokok tiin adalah sangat penting dan tugas anda adalah untuk memastikan akar tumbuh dengan sihat dan tanpa batas.  Kadangkala tindakan yang sangat simple seperti tukar ke pasu yang lebih besar dapat memberi ruang kepada akar untuk memanjang dan membesar.  
  3. Serangga.  Terdapat banyak serangga yang amat suka kepada pokok tiin.  Ada yang baik malah menjaga pokok anda dan ada yang membawa penyakit.  Pastikan anda meracun pokok tiin anda secara berkala.  Ada serangga yang mengorek batang pokok tiin untuk membiak anak dan ada serangga yang bertelur pada akar pokok tiin dan ianya boleh membantut pertumbuhan pokok tiin anda jika atau pokok tiin anda tidak dapat diselalamatkan jika tidak dicegah.
  4. Baja.  membaja pokok tiin adalah wajib dilakukan secara konsisten untuk tumbesaran pokok yang stabil dan matang. 
Setelah semua langkah diatas telah diambil, tetapi pokok tiin anda masih tidak membesar dengan tiada tunas atau pucuk baru tumbuh, memang sah lah bahawa pokok tiin anda sedang tidur.  Jangan panik dan biarkan dia tidur sepuas-puasnya.  
Jika anda tidak sabar menunggu pokok anda bangun dari tidur, anda bolehlah menggerakkan pokok tiin anda dengan kaedah menoreh sedikit (melukakan) pada bahagian atas ruas.  Saya lebih prefer membiarkan pokok tiin saya tidur dan melukakannya. Anda pula bagaimana?