Search This Blog

Friday, December 16, 2016

SOP PENJAGAAN POKOK TIIN UNTUK NEWBIE

SOP PENJAGAAN POKOK TIIN UNTUK NEWBIE.

Selama tujuh bulan saya memerhati perkembangan dan pembesaran pokok tiin saya iaitu verieti black jack atau juga dikenali sebagai black Spanish ini.  Selama 7 bulan inilah saya memerhatikan pembudayaan perkembangan pokok tiin ini dari aspek siraman, pencahayaan, baja, racun, aromanya, warna dan pembesaran daunnya, warna batangnya, budaya pembuahannya, rasa daunnya dan juga getah pokok dan serangga-serangga yang berminat hinggap di batang serta daun pokok samada pada waktu siang atau malam (saya masih belum boleh dikategori sebagai DTK (demam tak kebah) lagi pada masa ini ok hahaha sebab selama tujuh bulan ini saya hanya memiliki satu sahaja pokok tiin sebagaimana verieti yang saya sebut tadi.

Ini lah jadinya pada anak pokok Tiin saya yang pertama dihari pertama selepas tanam terus kat tanah wakakaka.. Satu pengalaman yang mengerikan hehehe tetapi syukur alhamdulillah dua tiga hari selepas itu dia kembali segar.
Saya sering berhadapan dengan persoalan bagaimana untuk menjaga anak pokok tiin yang baru dibeli.  Jika berdasarkan pengalaman saya selama tujuh bulan tersebut sebelum saya menghadiri kursus asas penanaman pokok tiin anjuran Formeniaga, memang saya merasakan penjagaan anak pokok tiin ini perlu kepada extra perhatian melebihi dari pokok-pokok lain dan bukan dalam kategori pokok yang boleh campak la atau cucuk la kat mana pun pasti akan tumbuh.  Sampai saya berkata pada diri sendiri bahawa menjaga anak pokok tiin ni cam jaga seorang ‘baby’ kecil yang memerlukan perhatian dan penjagaan rapi.
Mohd Afif dari Formeniaga Figs Farm sedang menurunkan segala ilmu beliau kepada peserta-peserta kursus dalam kelas berhawa dingin

Hasil dari pengamatan, pemerhatian dan pembacaan dan opkos menghadiri kursus asas penanaman pokok tiin, maka dapat saya simpulkan beberapa panduan asas kepada newbie adalah seperti berikut iaitu bersependapat dengan ramai sifu-sifu dan otai-otai yg menyarankan penjagaan pokok tiin perlu mengikuti formula MABC :

M = Media 
Media bermaksud perantaraan yang digunakan untuk menanam.  Penggunaan perkataan media kepada penanaman pokok tiin adalah sangat penting kerana terdapat pelbagai jenis media yang digunakan.  Antara jenis media yang mendapat perhatian ialah jenis seperti peatmoss, cocopeat, vermiculate, perlite, sekam padi, sabut dan yang paling penting ialah TANAH!  Ya benar sekali, jangan lupa TANAH ialah media yang paling penting untuk tanaman pokok tiin.

Tanah yang paling baik ialah tanah atas (topsoil) atau tanah campuran yang mempunyai unsur-unsur galian semulajadi yang sangat diperlukan oleh pokok.  Penggunaan baja sepatutnya hanyalah sebagai sokongan sahaja kepada tumbesaran pokok.  Tanah sepatutnya memainkan peranan utama dalam perkembangan pokok.  Oleh itu pengawasan dan memastikan tanah sentiasa berada dalam keadaan baik untuk membekalkan galian kepada pokok anda adalah sesuatu yang wajib dilakukan.  

Rawatan tanah secara berkala perlu dilakukan sekerap boleh.  Periksa PH tanah anda.  Tanah yang terlalu berasid, masam atau terlalu berakali adalah sangat tidak sihat kepada pokok tiin anda.  Pastikan media pokok tiin anda tidak menakung air!  Media mesti poros untuk memastikan akar tidak terendam terlalu lama dalam keadaan berair.

A = AIR (water)
Air sebagai sumber kehidupan yang sangat penting untuk kelansungan kehidupan pokok.  Tuan puan adalah bebas untuk memberikan siraman kepada anak pokok tiin sehari 2 atau 3 kali sehari dengan menggunakan air bebas klorin atau menggunakan air paip.  

Saya sendiri menyiram pokok tiin saya hampir setiap hari.  Sehari sekali atau dua kali dan kadangkala, terutamanya dimusim hujan, saya menyiram selang sehari.  nampak gaya satu hari nanti saya perlu memiliki sistem fertigasi sendiri yang menggunakan sistem siraman autometik.  Maklumlah nak balik beraya di kampung paling kurangkan pun cuti 7 hari.  Jika tidak ada sistem fertigasi memang pening kepala juga dibuatnya. 

Pada pendapat saya, menggunakan air paip yang ditapis dan diletak sedikit baja cecair organik adalah kaedah terbaik yang mampu saya kongsikan.  Waktu terbaik untuk menyiram anak pokok tiin ialah pada waktu pagi sebelum matahari terik kerana pada waktu inilah anak pokok tiin amat memerlukan sumber nutrien untuk kelansungan tumbesaran.

B = Baja
Baja adalah perlu kepada anak pokok tiin dan perlu diberi secara konsisten.  Selama 7 bulan experiment saya, pelbagai baja saya gunakan untuk melihat kesannya kepada pokok.  Baja boleh dikategori kepada dua jenis iaitu baja kimia dan baja organik.  Kita juga perlu mempunyai pengetahuan asas mengenai beberapa istilah yang berkaitan dengan baja.  Yang paling penting ialah untuk mengetahui nilai NPK yang ada pada setiap baja.

Jika kita membeli baja kimia selalunya akan ditulis nilai NPK pada permukaan hadapan plastic pembungkusan.  Sebagai contoh N:12 P:12 K:15 yang membawa maksud :

N = Nitrogen
P = Phosphorus
K = Kalium (potassium)

Dan nombor-nombor disebelahnya itu membawa maksud bahawa baja tersebut mengandungi kandungan Nitrogen sebanyak 12%, Phorphorus sebanyak 12% dan kalium sebanyak 15%.  Sebenarnya peratusan keperluan NPK ini berubah-ubah mengikut perkembangan anak pokok. N diperlukan untuk kehijauan daun, P untuk akar dan K untuk pembesaran pokok terutama untuk menggalakkan pokok berbunga dan berbuah. 

Gambar diambil sumber dari internet

Terdapat juga unsur-unsur nutrient lain yang diperlukan oleh anak pokok seperti Manganese (Mn), Calsium (Ca) dan Magnesium (Mg) yang turut ditulis pada plastik pembungkusan baja.  Tak pe tuan puan tak perlu pening-pening dan jangan risau akan hal-hal NPK ini, yang penting bagi kita newbie ialah anak pokok tiin perlukan baja.  Jadi baja apa yang boleh dikatakan baja terbaik untuk anak-anak pokok tiin kita?

Hasil pengamatan, saya berpendapat bahawa penggunaan baja folier (baja cecair) organic adalah merupakan baja terbaik untuk anak pokok tiin kita.  Apa itu baja organik cecair? Berfungsi sebagaimana baja kimia tetapi lebih mesra alam dan selamat digunakan tanpa perlu memikirkan kesan-kesan jangka panjang kepada kesihatan kita. Dan yang paling penting kita tak perlu nak fikir-fikir lagi pasal NPK yang saya sebut tadi. Sebab semua nutrient memang dah ada dalam baja organik cecair. 

Paling berkesan dan paling best ialah bancuh 1-2 ml baja cecair organik dengan 1 Liter air dan sembur secara halus ke bahagian bawah daun anak pokok tiin anda. Terdapat berpuluh-puluh jenis baja organik cecair yang ada di pasaran.  Terpulang pada keserasian dan kemampuan amda untuk menggunakannya.

Disamping itu terdapat juga baja organik bukan cecair sebagai pilihan untuk anak pokok tiin anda.  Saya amat suka menggunakan 'baja kopi' sebagai alternatif kepada baja cecair. Ianya boleh didapati dimana-mana nursery pokok disekitar kawasan anda.  Satu lagi baja peberet saya terutama apabila menyemai tut ke dalam pasu ialah baja 'nugget'.


C = CAHAYA
Cahaya juga memainkan peranan utama dalam tumbesaran anak pokok tiin samada cahaya matahari terus menerus (direct) atau cahaya di dalam green house yang juga dikeanali sebagai Rumah Perlindungan Hujan (RPH).  Samada cahaya pagi atau petang, samada 6 – 8 jam sehari atau 4 jam sahaja, samada letak anak pokok bawah porch atau ditanah lapang atau dalam pasu, faktor cahaya adalah amat penting untuk melancarkan proses fotosintesis anak pokok.  Saya sendiri memilih untuk menanam anak pokok tiin saya di tempat terbuka yang mana anak pokok tiin saya akan mendapat pancaran cahaya matahari semaksimum yang boleh.  
Anak pokok tiin dalam pasu di bawah porch rumah
Walaupun begitu ada juga anak pokok saya yang diletak ditempat teduh keliling rumah dan ada juga diletak dibawah porch yang tidaklah mendapat cahaya matahari yang terus menerus (direct) dan anak pokok saya InsyaAllah tetap tumbuh dengan subur.  Jadi pilihan ada ditangan anda.


Akhir sekali setelah anda mengamalkan mana-mana kaedah diatas, jangan lupa pula apa yang Allah SWT sebut dalam Surah Al Kahf ayat yang ke 39 yang mana Allah SWT mengajar kita supaya menyebut "La Haulawala Quwwata Illah Billah" yang membawa maksud "tiada daya dan kekuatan melainkan kepunyaan / pertolongan dari Allah SWT" apabila memasuki kebun /laman/taman/tanaman.. InsyaAllah hasilnya diberkati oleh Allah SWT.


No comments:

Post a Comment