Menyemai Keratan Pokok Tiin Paling Mudah (SIRI 1)
Tidak lengkap menanam pokok tiin jika kita tidak pernah mencuba menyemai anak benih dalam bentuk keratan. Dan dari pengalaman saya ianya adalah sangat mencabar keimanan dan sangat menguji tahap kesabaran kita. Banyak modal dihabiskan untuk membeli keratan terutama keratan dari spesis yang rare.
Terdapat pelbagai cara untuk menanam keratan dan boleh dikatakan setiap otai mempunyai cara tersendiri untuk menyemai keratan. Disini saya kongsikan pengalaman saya sendiri yang lebih kepada kaedah try and error.
1.Kenalpasti dahulu bahagian atas dan bahagian bawah keratan. Bahagian tajam, menunjukkan atas keratan.
Bahagian atas keratan hendaklah tajam / runcing. |
2.Bahagian bawah sekali keratan (dibawah ruas paling bawah) dihiris sedikit kulitnya bagi menggalak pengakaran.
Gambarajah Batang Pokok Tiin |
3.Sediakan medium (tanah) yg poros dan tidak bertakung air. Medium boleh digaul dgn baja jika mahu.
4.Keratan ditanam didalam cup/polybag/pasu kecil dan diisi dengan medium.
Keratan BTM6 yang dicucuk terus kedalam tanah yang diisi di dalam polybag |
5.Hasil tanaman tadi di letak dibawah tempat teduh yg jauh dari cahaya matahari.
6.Biasanya dibiar selama 3-4 minggu sebelum dipindah kepasu besar atau terus ditanam di tanah.
7.Seterusnya biasakan anak pokok dgn perubahan cuaca sekeliling
(hardening) dgn memberi pendedahan berperingkat kepada cahaya matahari.
Nota : Kaedah ini memerlukan penggunaan keratan yg segar (fresh) yg
baru dikerat seperti keratan yg baru dipotong yg berusia sehari dua..
Selamat mencuba!
No comments:
Post a Comment