Racun Serangga Pokok Tiin
Penggunaan racun serangga dalam penanaman pokok tiin walaupun disekeliling rumah adalah wajib kerana terdapat banyak jenis serangga yang sangat berminat dengan pokok tiin ini. Dari pengamatan saya, terdapat pelbagai jenis semut yang turun naik pokok tiin, ada yang masuk ke dalam tanah, ada ke daun, ada ke pucuk, yang melepak bawah daun dan yang masuk ke dalam buah.
Itu baru semut, bagaimana pula dengan pelbagai jenis lalat dan yang paling masyur ialah lalat buah. Gnat yang suka membuat sarang dalam tanah yang mana akhirnya telur-telurnya akan menetas menghasilkan nemetod yang akan merosakkan akar-akar juga sangat banyak di keliling rumah saya. Oleh itu saya tidak mempunyai banyak pilihan lain samada untuk meneruskan menanam buah yang disebut di dalam Al Quran ini atau mengalah dan stop menanam.
Disini anda mempunyai dua pilihan samada untuk menggunakan racun serangga kimia atau organik. Kedua-dua mempunyai kelebihan dan kekurangannya. Racun serangga kimia biasanya kelas III atau IV terbukti berkesan mengawal serangga dan menghasilkan kesan yang segera dan efektif dan yang paling penting harganya amat berpatutan.
Manakala racun serangga organik yang diperbuat dari bahan-bahan semulajadi seperti tumbuh-tumbuhan pula harganya sangat mahal tetapi tidak mempunyai kesan biologi terhadap tubuh manusia dan memelihara alam sekitar.
Saya secara peribadi menggunakan racun serangga organik berjenama BROGARD yang harganya RM200 untuk 500ml dan dah setahun saya pakai dan masih tidak luak-luak kerana bancuhannya cuma 2 - 3 ml untuk 1 liter air. Saya sembur dua minggu sekali dan sejak dua menjak ini saya menyembur sekali seminggu kerana buah tiin saya kerap diserang semut dan lalat buah.
Selain itu saya turut menggunakan racun serangga organik Ra'ja Anti Serangga yang juga sejenis racun serangga organik.
Kini pokok tiin keliling rumah saya sudah saya pindah ke kawasan terbuka yang terdedah kepada hujan dan cahaya matahari, oleh itu kekerapan penggunaan racun serangga organik adalah semakin diperlukan. Anda boleh menggunakannya tanpa was-was dan boleh menikmati buah tiin anda pada bila-bila masa. Tiada hasil sampingan dan tiada tempoh tuaian hasil yang ditetapkan.
Berbanding dengan penggunaan racun serangga kimia dimana anda dinasihati supaya menunggu antara 3-6 bulan selepas penggunaan barulah ianya dianggap selamat untuk dimakan.
No comments:
Post a Comment