Karat Daun Tiin
Karat Daun Tiin Yg Kronik |
Karat
daun ini merupakan penyakit biasa yang terdapat pada pokok tiin. Oleh itu anda tidak perlu panik. Ianya normal kepada pokok tiin di kawasan tropika. namun
jika ia tidak diatasi ia boleh menular malah akan menganggu tumbesaran dan hasil pembuahan yang terbaik. Selain dari faktor hujan yang agak banyak di negara kita dengan iklim monsun tropika, karat daun oleh kulat ini juga disebabkan oleh keadaan kelembapan yang sangat tinggi. Oleh sebab itulah walaupun Pokok Tiin yang ditanam didalam Rumah Perlindungan Hujan (RPH) (Green House) juga turut mengalami masalah karat daun.
Disini
terdapat beberapa langkah pencegahan yang dicadangkan:
- Siram jangan bagi kena daun.
- Buang semua daun yang karat.
- Tanah kt permukaan di gembur-gembur bagi ada ruang supaya tidak bertakung.
- Penyemburan anti kulat melalui penggunaan anti kulat atau secara ubat asas organik.
- Jadualkan semburan anti kulat secara berkala.
- Daun yang dijangkiti karat daun harus dibuang jauh dari kawasan itu atau ditanam, kalau tidak debu debu kulat (spora) akan berterbangan dan menjangkiti pohon yang lain.
- Pembajaan yang sesuai merupakan asas pengukuhan ketahanan pokok agar ia berdaya untuk melawan penyakit yang mendatang.
Terdapat pelbagai jenis anti kulat yang terdapat di pasaran sekarang dan kebanyakkannya diusahakan sendiri oleh pekebun-pekebun tiin skala besar. Terpulang kepada anda untuk mendapatkannya dan menggunakannya. Bagi saya yang menanam pokok tiin dilaman rumah, cukup sekadar saya mengerat tangkai daun yang mempunyai karat daun yang kronik itu dan membuangnya jauh-jauh.
No comments:
Post a Comment