Menyemai Keratan Pokok Tiin (SIRI 2)
Pada SIRI 2 ini tuan / puan akan ditunjukkan cara menyemai keratan dengan lebih detail seperti berikut:-
Keratan dari spesis Brown Turkey |
1.Kenalpasti dahulu bahagian atas dan bahagian bawah keratan. Bahagian tajam, menunjukkan atas keratan.
2. Rendam bahagian bawah keratan di dalam larutan penggalak akar & antikulat selama yg boleh. (Minimum 2 jam).
3. Bahagian bawah keratan dihiris sedikit kulitnya bagi menggalak pengakaran. (Selalunya dibahagian ruas paling bawah).
4. Bahagian yang dihiris disapukan penggalak akar.
5. Sediakan medium (tanah) yg poros dan tidak bertakung air. Medium boleh digaul dgn baja jika mahu.
6.Isi medium ke dlm cup/polybag/pasu kecil.
7.Keratan ditanam didalam cup/polybag/pasu kecil.
8.Hujung keratan (bahagian atas yg tajam) disapukan 'sealant' bagi mengelakkan serangan kulat & kehilangan moisture.
Contoh Sealant atau Tree Dressing |
9.Keratan disimpan didalam kotak polistrin & ditutup rapat. Jauh dari cahaya matahari.
10.Jangan buka kotak polistrin dalam masa dua minggu.
Contoh Kotak Polistrin |
Contoh Keratan Yang diletak di dalam Kotak Polistrin |
11.Kebiasaan keratan akan berakar dalam masa 2-4 minggu dan boleh
dikeluarkan apabila akar & pucuk telah mula kelihatan dan membesar.
12.Seterusnya biasakan anak pokok dgn perubahan cuaca sekeliling
(hardening) dgn memberi pendedahan berperingkat kepada cahaya matahari.
13.Pokok perlu disiram (renjis2) jika nampak layu.
14.Anak pokok yg berakar dan sudah kuat serta tahan dgn cahaya matahari
boleh dipindah ke pasu lebih besar atau diatas tanah dan boleh mula
diletak dibawah cahaya matahari.
Selamat mencuba!!