FERTIGASI POKOK TIIN
Pening kepala sebelum hari raya aidil fitri baru-baru ini bila mengenangkan akan meninggalkan rumah selama seminggu dan dalam masa yang sama pokok tiin di laman rumah tidak akan bersiram juga selama seminggu. Kebanyakkan pokok tiin saya ditanam di dalam pasu dan ianya memerlukan dijirus setiap hari melainkan pokok tiin yang ditanam terus ke tanah yg mana terbukti pada raya tahun lepas boleh ditinggalkan seminggu tanpa disiram.
Seminggu sebelum raya saya mengambil keputusan untuk membeli set fertigasi disebuah kedai pokok tiin di Sri Kembangan setelah PM ikat tepi dalam FB kepada sahabat pokok tiin saya yang menjual set fertigasi tidak dilayan. Sebelum kita terlibat dalam menyediakan sistem fertigasi pokok tiin (saya tiada pengalaman lansung dalam mengendalikan apa jua jenis sistem fertigasi) saya mencadangkan perancangan teliti dan keputusan dibuat mengenai :
- Rajah / plan lokasi dimana pokok akan diletakkan / dibariskan.
- Perlu atau tidak meletak silvershine.
- Berapa banyak air yang nak disiram.
- Perlu atau tidak mencampur air dengan baja untuk siraman dilaman rumah.
- Lokasi sumber air.
- Lokasi sumber eletrik.
Setelah perancangan dibuat, bolehlah ke kedai untuk membeli set peralatan fertigasi. Antara peralatan yang dibekalkan dengan belian set fertigasi bernilai rm100 ialah:
|
Poly Pipe 16mm |
|
Nipper |
|
Penebuk Lubang |
|
Elbow 16mm, Tee 16mm, Straight coupler 16mm dan End cap 16mm |
|
Dripper |
|
OT Valve 16-16 |
|
Micro Tube |
|
Digital Timer |
|
Water Pump |
Setelah peralatan fertigasi disediakan, saya mula menyediakan punca air dan punca eletrik untuk berada sedekat yang boleh dengan pokok-pokok tiin yang telah dibariskan ditepi rumah. Punca air yg konsisten dan stabil adalah sangat diperlukan dan disambung ke tong air (tong beras) dengan disediakan set pelampung air (seperti set pelampung di dalam tangki air tandas) supaya bekalan air akan sentiasa masuk secara terkawal ke dalam tong air tersebut.
|
Air dari paip utama disambung ke tong air. Terdapat juga punca eletrik yang membekal tenaga eletrik ke water pump dan digital timer. |
|
Kedudukan pelampong air yang disambung dari punca air supaya bekalan air stabil dan sentiasa penuh. |
Kedudukan OT Valve di dalam tong air adalah sebagaimana gambar dibawah:
|
OT Valve kiri sambungan ke pasu-pasu dibuka sepenuhnya manakala OT Valve disebelah kanan dibuka separuh untuk pengaliran air masuk semula ke tangki dan membolehkan pengaliran udara keluar masuk ke dalam sistem. |
|
Sistem di dalam tangki air apabila telah siap sepenuhnya. |
Setelah selesai urusan punca bekalan air dan eletrik, maka tiba fasa untuk menyediakan set fertigasi kesetiap pasu yang telah dibariskan. Saya menyediakan 3 aliran utama ke pokok-pokok tiin saya. Dimana aliran ketiga ini agak komplikated sedikit kerana terdapat beberapa anak pokok di dalam polibag sebaris dengan pasu besar gedabak. Oleh itu saya terpaksa menambah OT Valve kepada poly pipe sebelum sampai ke polybag sebagaimana gambar dibawah:
|
Aliran ketiga sistem fertigasi saya yang agak komplikated kerana terdapat polybag dihujung aliran. |
|
Aliran paip dari tong untuk ke pokok |
|
Aliran biasa ke pokok |
Sebelum sistem beroperasi secara rasminya adalah lebih baik jika kita dapat menguji (test) sistem yang telah kita sediakan tersebut termasuk setting pada digital timer kita. Saya membuat keputusan untuk:
- menyiram pokok saya sebanyak 4 kali sehari.
- Penggunaan baja cecair seminggu sekali dengan kawalan siraman air 2 kali sehari.
- setelah beberapa ujian dijalankan adalah baik untuk pokok-pokok saya disiram selama 10minit pada sekali siraman (ini bergantung kepada bagaimana anda menyucuk micro tube ke dripper anda).
|
Ujian demi ujian dijalankan untuk mencari sistem yang paling sesuai untuk kita yang bekerja pejabat sehingga kita berpuashati dengan setting tersebut. |
Setelah berpuashati dengan sistem yang telah diuji berkali-kali, maka bermulalah sistem fertigasi saya beroperasi secara rasmi. Pandangan saya setalah 2 bulan menggunakan sistem fertigasi yang saya anggap sebagai after settup service ialah :
- Rajin-rajinlah meracun rumput kepada mereka yang enggan meletak silvershine kerana rumput dan lalang akan tumbuh dengan subur giler akibat mendapat bekalan air yang konsisten.
- Jangan terbalik menyucuk nipper ke poly pipe 16mm kerana ianya akan menyebabkan limpahan air yang tidak perlu.
- Rajin-rajinlah menjengah micro tube anda kerana si tupai ni asyik aje menjadikan kawasan pokok anda sebagai kawasan mainan seperti kejar mengejar sesama mereka dan seringkali micro tube tercabut dari poly pipe 16mm anda.
- Rajin-rajinlah membersihkan dripper anda yang mungkin tersekat alirannya malah saya sering mengubah-ngubah kedudukan dripper untuk membolehkan semua kawasan tanah dalam pasu pokok saya mendapat bekalan air secara adil.
|
Ada pasu yang saya cucuk dengan dua dripper dan ada pasu yang saya cucuk dengan satu dripper bergantung kepada saiz pasu. | |
Selamat mencuba sistem fertigasi di kawasan rumah. InsyaAllah