Pindah Pasu
Diantara persediaan-persediaan yang perlu dibuat untuk memindahkan anak pokok tiin dari cup ke dalam pasu atau dari polibeg / pasu kecil ke dalam pasu besar adalah seperti berikut:
- Sediakan pasu yang sesuai dengan tumbesaran akar yang sedia ada.
- Sediakan media poros seperti tanah topsoil, tanah kompos, tanah bakar, perlite dan sebagainya.
- Baja yang bersesuaian.
- Sebaik-baik waktu untuk berpindah pasu hendaklah pada waktu petang.
- Gunting polibeg dengan hati-hati agar tidak terkena akar.
- Jika pasu kecil atau cup dinasihatkan supaya terbalikkannya supaya dapat mengeluarkan anak pokok dengan selamat.
Anda mempunyai dua pilihan samada untuk memindahkan sekali dengan tanah asal yang ada di dalam polibeg/pasu kecil atau menanggalkan tanah yang sedia ada tersebut dari akar. Saya lebih suka dengan pilihan pertama kerana ianya lebih selamat dan mudah.
Baja Nugget |
Setelah tanah kompos yang poros dicampur dengan sedikit perlite, saya juga akan letak sebutir dua baja nugget ke dalam pasu sebagai cara untuk memberi nutrien yang cukup kepada anak pokok saya. Seterusnya setelah pindahan dibuat, saya akan menyiram anak pokok itu secukup rasa.