Phytophthora
Penyakit fungus ni kerap menyerang dimusim hujan atau selepas hujan. Ianya selalu nya berlaku ketika musim hujan yang berpanjangan. Mungkin juga disebabkan oleh humidity
atau kadar kelembapan yang terlampau. Spora nya boleh berjangkit
melalui hujan, angin, serangga dan sentuhan. Ada empat jenis
Phytophthora iaitu Phytophthora cupsia, Phytophthora infestans,
Phytophthora nicotianae dan Phytophthora palmivora.
Pengalaman
saya sendiri saya dapati hanya pokok tiin yang sentiasa terdedah dengan
hujan yang berterusan dan kurang mendapat cahaya matahari adalah pokok
yang paling beresiko tinggi untuk dijangkiti penyakit Phytophthora ini.
Ini adalah kerana pokok-pokok tiin saya yang ditanam dikawasan terbuka
diatas tanah yang sentiasa menerima hujan dan panas tidak pula
dihinggapi penyakit ini.
Begitu
juga dengan anak-anak pokok tiin dibawah porch kereta yang tidak kena
hujan dan menerima cahaya matahari antara 2 - 6 jam sehari juga tidak
dijangkiti oleh penyakit ini.
Ada
2 cara utama bagaimana ia merebak iaitu bila kering dia ikut angin atau
bila basah dia turut mengalir bersama air. Daun yang diserang
Phytophthora ini akan layu dan tidak bermaya. Malah pada tompokan
kelabu hitam itu urat daun akan patah. Adakalanya ranting akan
mengecut.
Ianya merupakan lecur berair didaun dan pucuk.
Bila dijangkiti ianya perlu dibuang jauh-jauh malah dicadangkan bahawa
gunting yang digunakan untuk menggunting daun-daun yang dijangkiti
Phytophthora ini perlu dirawat dengan cecair basmi kuman selepas ianya
digunakan.
Jangan lupa asingkan pokok yang diserang dengan kuarantinkan pokok tersebut agar tidak merebak kepada pokok lain. Potong di bahagian yang kena serangan sehingga jumpa batang yang segar dan hijau sepenuhnya. Kesan serangan kulat ini akan jelas kelihatan dibawah kulit sekiranya batang pokok dipotong. Ada warna seolah-olah oren dibawah kulit.
Jangan lupa asingkan pokok yang diserang dengan kuarantinkan pokok tersebut agar tidak merebak kepada pokok lain. Potong di bahagian yang kena serangan sehingga jumpa batang yang segar dan hijau sepenuhnya. Kesan serangan kulat ini akan jelas kelihatan dibawah kulit sekiranya batang pokok dipotong. Ada warna seolah-olah oren dibawah kulit.
Penggunaan
racun yang sistemik perlu dilakukan dengan menggunakan sebagai contoh:
Amistar, Ridomil, Nativo yang dicampur sedikit dengan mancozeb untuk
mendapat hasil yang lebih baik. Juga dicadangkan penggunaan fungicide
samada metalaxyl atau propamocarb, benomyl, dan fosetyl alluminuim secara bertukar ganti.
Bagi
saya penanam pokok tiin dihalaman rumah, apa yang saya lakukan ialah
menggunting mana-mana daun yang dijangkiti Phytophthora ini dan
membuangnya jauh-jauh sambil kuarantin pokok berkenaan dengan harapan ianya tidak menjangkiti pokok-pokok yang lain.