Search This Blog

Sunday, October 01, 2017

PLANT DRESSING / SEALANT

PLANT DRESSING / SEALANT

Cuma RM5 sahaja di Formeniaga

Fungsi:
 
- Menutup luka serta mengelak serangan kulat pada batang pokok yang luka atau telah dipotong.
 
- Berupaya menghalang serangga perosak daripada mengorek atau menyerang pada permukaan keratan yang luka atau dibiarkan terdedah.
 
- Nampak simple tapi kesannya terutama ketika musim hujan ini adalah sangat bermanfaat.
 
Cara Guna:
 
- Biarkan batang (tempat yang baru dipotong atau pruning) tersebut kering dari getahnya dan sapu di tempat yang dipotong dengan berus yang sesuai. Saya cuma guna cotton bath sahaja.
 
Selamat mencuba.

Sunday, August 27, 2017

5 POKOK TIIN PILIHAN SAYA

5 POKOK TIIN PILIHAN SAYA

  
Dari 1000 lebih spesis pokok tiin yang ada dinegara kita ini, sehingga ke hari ini, saya hanya mempunyai spesis-spesis pokok tiin yang ditanam di tepi rumah seperti berikut :-
  1. Bourjasotte Noire
  2. Beat Ramon
  3. Panachee Tiger
  4. Qing Pi
  5. BTM6
  6. TGF Jumbo
  7. Blue Giant
  8. Black Jack
  9. Tena
  10. Brunswick
  11. Purple Jordan
  12. Jumbo
  13. Super Red Hybrid
 
Dari 13 spesis buah tiin tersebut, saya akan menyenaraikan 5 buah tiin terbaik saya yang produktif dan berbuah dengan banyaknya untuk dimakan oleh saya sekeluarga. Senang dijaga dan tahan lasak dengan semua keadaan cuaca.  Hanya perlu pembajaan dan siraman yang konsisten sahaja.

1.  Black Jack 


2.  Jumbo


3.  BTM6


4.  Blue Giant dan 5.  TGF Jumbo

3 diatas itu ialah Spesis Jumbo dan Blue Giant. Yang masak hijau itu ialah Qing Pi (jatuh no 6)

Saturday, August 05, 2017

CUBAAN MENANAM POKOK TIIN DIDALAM PEJABAT BER'AIRCOND'

CUBAAN MENANAM POKOK TIIN DIDALAM PEJABAT BER 'AIRCOND'


Pokok Tiin Spesis Super Red Hybrid
  • Tarikh letak di office = 31/7/2017.
  • Bilik ber 'aircond'.
  • Sumber cahaya = tiada cahaya 'direct', diletak tepi tingkap berkaca2. 
  • Status pokok : 3 cabang dan mempunyai 7 buah.
  • Spesis = Super Red Hybrid.
  • Benih = tanam dari keratan.
  • Media = 'top soil' + sedikit 'cocopeat'.
  • Pasu = Nutripot (pasu yang boleh menakung air).
  • Baja = Kitosan (akan disiram dua kali seminggu).
  • Buah = telah ada 7 biji semasa dibawa ke pejabat.
  • Tinggi pokok = 2 kaki dari lantai office dan 1.3 kaki dari permukaan tanah.
Artikal ini akan di update dari semasa ke semasa.  Setakat  pada masa artikel ini ditulis, satu pucuk baru telah keluar dan tiada buah yang gugur setakat hari ini.

14/8/2017.
Terdapat kesan kulat di hujung daun akibat tidak cukup cahaya.


26/8/2017
Buah-buah yang sedia ada telah mula berguguran.



Walaubagaimanapun terdapat satu perkembangan positif pada pokok tiin ini apabila mula tumbuh pucuk baru pada satu cabang.



5/9/2017
Setelah 5 hari bercuti sempena Hari Raya Qurban 2017 / 1438H pokok tiin Super Red Hybrid di dalam office kelihatan segar dan terdapat beberapa pucuk baru telah tumbuh. Walaubagaimana pun :

  • Semua buah yang sedia ada telah gugur (7 biji).  Ini adalah kerana kemungkinan besar pokok yang dibawa dari rumah ini sedang membiasakan diri dan cuba mutate dengan suasana persekitaran baru yang amat berbeza dengan di rumah.
  • Tiada pertumbuhan kulat yang baharu pada daun sebagaimana pada awal-awal ketika mula diletak di office.
  • Karat daun berada pada kedudukan yang sangat minimal.
  • Terdapat dua tiga pucuk baharu tumbuh.
  • Tiada terdapat kesan kulat pada tanah (media).
Pucuk-pucuk baru tumbuh dengan galaknya..

2.10.2017
  • Pucuk baru tumbuh dengan galaknya.
  • Tiada karat daun dikesan.
  • Tiada kulat baru pada mana-mana daun.
  • Dengan izin Allah SWT maka kombinasi air mineral dan baja cecair kitosan telah memberi kesan positif kepada pokok untuk terus membesar dan hidup dalam suasana ber 'aircond'.
  • Ada 2 persoalan yang bermain diminda sekarang iaitu adakah ia akan tidur tidak lama lagi atau adakah pokok ini akan mula berbuah?
2/10/2017
 6/11/2017 
  • Pokok tumbuh dengan subur.
  • Tiada lansung karat daun.
  • Berdebar juga rasanya adakah pokok ini akan berbuah tidak lama lagi?

1.3.2018 
  • Setelah 4 bulan tidak update.
  • Pokok semakin tinggi mencecah 5 kaki.
  • Tiada karat daun dikesan.
  • Masih lagi tidak berbuah.  Akan mencuba letak baja buah yg nilai K nya tinggi.  

21.4.2018 

  • Syukur alhamdulillah setelah 8 bulan menunggu akhirnya muncul mata ketam pertama.
 
 
  • Tiada daun gugur sejak dari tarikh 31.7.2017.
  • Tiada karat daun dikesan sejak dari tarikh tersebut.
  • Ketinggian pokok hampir mencecah 6 kaki.

Saturday, July 22, 2017

FERTIGASI POKOK TIIN

FERTIGASI POKOK TIIN
Pening kepala sebelum hari raya aidil fitri baru-baru ini bila mengenangkan akan meninggalkan rumah selama seminggu dan dalam masa yang sama pokok tiin di laman rumah tidak akan bersiram juga selama seminggu. Kebanyakkan pokok tiin saya ditanam di dalam pasu dan ianya memerlukan dijirus setiap hari melainkan pokok tiin yang ditanam terus ke tanah yg mana terbukti pada raya tahun lepas boleh ditinggalkan seminggu tanpa disiram.

Seminggu sebelum raya saya mengambil keputusan untuk membeli set fertigasi disebuah kedai pokok tiin di Sri Kembangan setelah PM ikat tepi dalam FB kepada sahabat pokok tiin saya yang menjual set fertigasi tidak dilayan.  Sebelum kita terlibat dalam menyediakan sistem fertigasi pokok tiin (saya tiada pengalaman lansung dalam mengendalikan apa jua jenis sistem fertigasi) saya mencadangkan perancangan teliti dan keputusan dibuat mengenai :
  1. Rajah / plan lokasi dimana pokok akan diletakkan / dibariskan.
  2. Perlu atau tidak meletak silvershine. 
  3. Berapa banyak air yang nak disiram.
  4. Perlu atau tidak mencampur air dengan baja untuk siraman dilaman rumah.
  5. Lokasi sumber air.
  6. Lokasi sumber eletrik.
Setelah perancangan dibuat, bolehlah ke kedai untuk membeli set peralatan fertigasi.  Antara peralatan yang dibekalkan dengan belian set fertigasi bernilai rm100 ialah: 
Poly Pipe 16mm

Nipper

Penebuk Lubang

Elbow 16mm, Tee 16mm, Straight coupler 16mm  dan End cap 16mm

Dripper

OT Valve 16-16

Micro Tube

Digital Timer

Water Pump
Setelah peralatan fertigasi disediakan, saya mula menyediakan punca air dan punca eletrik untuk berada sedekat yang boleh dengan pokok-pokok tiin yang telah dibariskan ditepi rumah.  Punca air yg konsisten dan stabil adalah sangat diperlukan dan disambung ke tong air (tong beras) dengan disediakan set pelampung air (seperti set pelampung di dalam tangki air tandas) supaya bekalan air akan sentiasa masuk secara terkawal ke dalam tong air tersebut.
Air dari paip utama disambung ke tong air. Terdapat juga punca eletrik yang membekal tenaga eletrik ke water pump dan digital timer.

Kedudukan pelampong air yang disambung dari punca air supaya bekalan air stabil dan sentiasa penuh.
Kedudukan OT Valve di dalam tong air adalah sebagaimana gambar dibawah:
OT Valve kiri sambungan ke pasu-pasu dibuka sepenuhnya manakala OT Valve disebelah kanan dibuka separuh untuk pengaliran air masuk semula ke tangki dan membolehkan pengaliran udara keluar masuk ke dalam sistem.
Sistem di dalam tangki air apabila telah siap sepenuhnya.
Setelah selesai urusan punca bekalan air dan eletrik, maka tiba fasa untuk menyediakan set fertigasi kesetiap pasu yang telah dibariskan.  Saya menyediakan 3 aliran utama ke pokok-pokok tiin saya. Dimana aliran ketiga ini agak komplikated sedikit kerana terdapat beberapa anak pokok di dalam polibag sebaris dengan pasu besar gedabak.  Oleh itu saya terpaksa menambah OT Valve kepada poly pipe sebelum sampai ke polybag sebagaimana gambar dibawah:
Aliran ketiga sistem fertigasi saya yang agak komplikated kerana terdapat polybag dihujung aliran.
Aliran paip dari tong untuk ke pokok

Aliran biasa ke pokok
Sebelum sistem beroperasi secara rasminya adalah lebih baik jika kita dapat menguji (test) sistem yang telah kita sediakan tersebut termasuk setting pada digital timer kita.  Saya membuat keputusan untuk: 
  1. menyiram pokok saya sebanyak 4 kali sehari.
  2. Penggunaan baja cecair seminggu sekali dengan kawalan siraman air 2 kali sehari.
  3. setelah beberapa ujian dijalankan adalah baik untuk pokok-pokok saya disiram selama 10minit pada sekali siraman (ini bergantung kepada bagaimana anda menyucuk micro tube ke dripper anda).
Ujian demi ujian dijalankan untuk mencari sistem yang paling sesuai untuk kita yang bekerja pejabat sehingga kita berpuashati dengan setting tersebut.
Setelah berpuashati dengan sistem yang telah diuji berkali-kali, maka bermulalah sistem fertigasi saya beroperasi secara rasmi.  Pandangan saya setalah 2 bulan menggunakan sistem fertigasi yang saya anggap sebagai after settup service ialah :
  1. Rajin-rajinlah meracun rumput kepada mereka yang enggan meletak silvershine kerana rumput dan lalang akan tumbuh dengan subur giler akibat mendapat bekalan air yang konsisten.
  2. Jangan terbalik menyucuk nipper ke poly pipe 16mm kerana ianya akan menyebabkan limpahan air yang tidak perlu. 
  3. Rajin-rajinlah menjengah micro tube anda kerana si tupai ni asyik aje menjadikan kawasan pokok anda sebagai kawasan mainan seperti kejar mengejar sesama mereka dan seringkali micro tube tercabut dari poly pipe 16mm anda.
  4. Rajin-rajinlah membersihkan dripper anda yang mungkin tersekat alirannya malah saya sering mengubah-ngubah kedudukan dripper untuk membolehkan semua kawasan tanah dalam pasu pokok saya mendapat bekalan air secara adil. 
Ada pasu yang saya cucuk dengan dua dripper dan ada pasu yang saya cucuk dengan satu dripper bergantung kepada saiz pasu.
Selamat mencuba sistem fertigasi di kawasan rumah.  InsyaAllah



Sunday, July 09, 2017

KHASIAT BUAH TIIN

KHASIAT BUAH TIIN



Buah Tiin di kategori sebagai Super Nutrition Fruit 👍 rasa yang sedap manis berlemak dan juga sangat tinggi khasiat 😋 Kulitnya lembut dan kenikmatan isinya yang cair dalam mulut!
Mengandungi serat yang tinggi, penuh dengan pelbagai vitamin anti-oksida A, E dan K serta mineral seperti kalsium, magnesium dan zat besi, BUAH TIIN SEGAR mempunyai SEJARAH TERAWAL DUNIA, 5000 tahun Sebelum Masihi lagi 🌎

Riwayat dari Abu Zar R.A. bahawa Rasulullah SAW dihadiahkan satu bekas buah tiin, lalu Nabi SAW mengajak sahabat-sahabat beliau makan. Nabi SAW pun turut sama makan. Kemudian baginda SAW bersabda "kalau aku perkatakan tentang buah yang diturunkan dari syurga, nescaya aku katakan inilah dia, kerana buah-buahan syurga tidak berbiji. Sesungguhnya dia menghentikan penyakit buasir serta bermanfaat untuk sakit-sakit badan 😍.
 


Menurut imam Ibnu Qayyim Al Jawziyyah, buah tiin memiliki banyak khasiat, diantaranya dapat mengurangi penyakit sesak nafas, membersihkan (secara fizikal) hati dan limpa, juga mencairkan kahak.. serta memberi khasiat yang baik kepada tubuh, sebagai langkah pencegahan untuk melawan racun dalam tubuh ❤️💚💜.

"Professor J. A. Vinson, Univ of Scranton, USA menyebutkan bahawa buah Tiin tidak mengandungi garam, lemak dan kolesterol, tetapi mengandungi lebih tinggi kalium, serat dan zat besi."😊

Hasil penelitian dalam 100 gram buah Tin, mengandungi 20% daripada keperluan zat serat seharian untuk tubuh kita. Dari jumlah tersebut, lebih 28% adalah jenis serat terlarut. 😱

Di antara Khasiat Buah Tiin: ❤️💛❤️

💛 Menurunkan/Mengawal Tekanan Darah Tinggi dan Mencegah Penyakit Jantung Koronari/Hipertension.
💛 Mengandungi Phenol dan Benzaldehyde, Anti Tumor- Mencegah dan Merawat Kanser Prostat, Kanser Kolon, Kanser Serviks, Kanser Payudara.
💛 Mengandungi Flavonoid Yang Cukup Tinggi- Merawat Buasir.
💛 Mengandungi Serat Yang Tinggi-Mengatasi Sembelit Kronik.
💛 Bersifat Anti Diuretic-Merawat dan Mencegah Diabetes/Mengawal Kadar Gula Dalam Darah.
💛 Menguatkan Tulang dan Mencegah Pereputan Tulang.
💛 Bersifat Anti Bakteria dan Antiseptik- mengatasi Athma, Lelah, Infeksi Peradangan Pada Saluran Pernafasan.
💛 Kandungan Serat Yang Tinggi- Memperlambat Penuaan(Anti-Aging).
💛 Mengandungi Coumarins-Menjaga Kecantikan Kulit Dan Mengatasi Jerawat.
💛 Melancarkan Proses Menstruasi.
💛 Mengandungi Laxative Yang Memperlancar Perkumuhan(Diuretic)-Memperlawas Air Kencing.
💛 Kaya Dengan Serat-Mengatasi Masalah Berat Badan.
💛 Mengandungi Trytophan- Mencegah Insomnia Dan Membantu Masalah Tidur.
💛 Mengandungi Mineral Spt Kalsium( lebih tinggi dari susu), Fosforus, Magnesium, Mangan-Berkhasiat Menambah Ketinggian Badan.
💛 Mengandungi Zat Besi Yang Cukup Tinggi-Mampu Mengatasi Anemia.
💛 Bersifat Anti Bakteria Dan Antiseptik - Merawat Bisul, Bengkak, Luka-luka,Luka Terbakar Dan Gigitan Serangga.
💛 Lendir Yang Tinggi-Mengubati Sakit Kerongkong.
💛 Mengandungi Pelbagai Nutrisi Seperti Protein, Serat, Zat Besi, Kalsium-Baik Untuk Janin Dan Ibu Hamil.
💛 Mengandungi Bio-Flovonoid, Polyphenol, Vitamin C- Meningkatkan Sistem Imun Tubuh.

Banyakkan khasiat buah tiin ini 😬😁 
Buah EKSOTIK ini yang dahulunya hanya boleh didapati di negara tertentu sahaja di seluruh dunia sehinggakan tamadun GREEK mempunyai undang-undang yang melarang pengeksportan buah tin ini ke luar, kini boleh didapati di negara kita dgn mudah dan senang ❤️❤️